ILMIAH CVT MALAYSIA

June 7, 2021


-ILMIAH CVT MALAYSIA-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Riaksi imun seleps vaksin. Riaksi yang pantas seperti alahan. Lebih kuat sistem imum maka lebih ketara gejala yang dialami. Orang muda dan WANITA nampaknya akan lebih ketara mengalami gejala kerana memiliki sistem imun yang kuat. Kesan sampingan yang bersifat sementara ini yang biasanya tidak melebihi 3 ke 5 hari. Tanda demam, pening kepala, rasa menggigil, jantung bergetar, kelesuan dan lain-lain. Jika gejala ini lebih lama maka ada sesuatu yang tidak kena. Manakala orang tua biasanya tidak menunjukkan gejala normal. Tidak bermakna orang yang tidak bergejala lebih sihat atau vaksin tidak berfungsi. Secara teorinya orang tua kekurangan sel T. Sel T sejenis darah putih yang akan bekerjasama dengan antibodi semulajadi tubuh untuk menghapuskan virus. Ingat ya!! vaksin bukan ubat pembunuh virus. Melainkan Sel T dan antibodi kita sendiri. Vaksin akan memberi latihan pada sistem imun tubuh agar cekap beriaksi bila ada kemunculan bendasing. Matlamatnya memberi latihan sel mengingat dan bertindak jika ada benda asing yang sama. Bermakna jika kita seorang yang pelupa maka sistem imun kita berkemungkinan lupa. Sebab itu fungsi sistem imun pada kalenjar pituitary wanita akan memberi latihan daya ingatan yang lebih dari kaum lelaki. Daya ingatan itulah tanda mudah sistem imun kita kuat. Tanda pertama paling kuat adalah bersemangat dan sentiasa bertenaga berbanding kelesuan kronik. Begitulah mudahnya mengenal pasti tanda sistem imun kita kuat. Oleh itu orang tua yang sudah berumur kurang bernasib baik dalam menjaga daya ingatannya. Bermakna semua gejala akan berlaku secara akut atau serta merta sebaik selepas setengah hari menerima suntikan vaksin Covid 19. Oleh itu warga CVT tidak harus panik dengan gejala berkenaan kerana semua itu berkaitan dengan usus besar dan pencernaan. Untuk detox yang segera sebaik sahaja selepas vaksin ambil NW19 dan ACACIA. Selepas satu hari ambil NW12 dan amalkan dalam beberapa hari berikutnya. 

Biasanya alahan disebabkan antigen atau kandungan yang digunakan dalam pembuatan vaksin seperti bahan pengawet atau bahan penstabil yang harus dikawal kerana semua itu adalah racun. Hasil kereaktifan fizikal pula tidak sama pada setiap individu. Usus akan memberi isyarat pada otak dan biasanya yang mengalami hypersensitivity terhadap benda asing akan mengalami sakit kepala. Jadi gejala sakit kepala sebenarnya berpunca dengan timbunan racun di usus. Jadi ususlah yang perlu dicuci atau didetox. Sama juga apabila kita tersalah makan dengan zat alahan maka badan kita akan terketar dan lutut pun rasa sengal dan kebas dimana-mana. Wal hal itu semua berkaitan usus. Saya percaya semua pesanan saya ini kita akan lupa dan tetap juga jadi panik dan tak tahu apa nak dibuat. Akhirnya ke klinik berjumpa doktor. Dan sinis sahaja doktor berkenaan akan memberi punca dan sebab kerana makan banyak kueh raya.  Anehkan !! . Raya sudah lama berlalu. Apapun semua alahan itu berlaku paling lama sehari selepas perut dan usus kita menerima zat yang menjadi alahan. Apabila kita mengambil formula pencegahan seperti NW1 dan NW2 bermakna kita telah membuka suiz menandakan sistem imun kita sedang diaktifkan. Inilah cara semulajadi untuk kita merangsang antibodi namun tidak memberi kesan gejala yang tidak diingini. Walaupun gejala adalah tanda baik imun berfungsi namun jika dapat mengurangkan risiko tindakbalas atau kesan sampingan itu adalah lebih baik. 

Ingat ya!!! bahawa ini tidak bermakna vaksin Covid 19 menjadi kurang berkesan pada mereka yang tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Ini juga menurut pakar dan juga tidak akan mengurangkan atau menghalang manfaat dan kebaikkan fungsi vaksin. Malah akan menambah keberkesanan vaksin dalam mempertahankan sistem imun untuk riaksi apabila diperlukan. Malah dengan mengambil formula detox akan mengelakkan kesan negatif pada maklumat peribadi mRNA dan DNA kita. Itu tujuan paling utama agar tiada apa-apa kesan negatif dalam jangka panjang seperti yang kita bimbangi walaupun itu dijamin keselamatannya. Kesan tindak balas juga biasanya akan lebih ketara pada suntikan vaksin kedua. Semoga warga CVT lebih beruntung kerana ada formula yang akan merangsang sistem imun ketika menerima suntikan vaksin tetapi dapat mengurangkan apa-apa gejala yang tidak menyenangkan. Saya prihatin dalam hal ini memandangkan varian-varian baru dengan berbagai sifat dan karakter muncul di banyak negara. Oleh itu dengan formula pelengkap CVT  khasnya yang sudah menerima vaksin yang sedia ada tetap lebih bersedia jika terjadinya ancaman varian baru.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my