ILMIAH CVT MALAYSIA

November 22, 2021

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

*TAJUK : PERBEZAAN PENCEGAHAN DAN PERTAHANAN*

*TARIKH : 22.11.2021 ISNIN*

 

·       *Formula pencegahan biasanya berkaitan dengan formula pada bahagian otak*. *Dari NW1 hingga NW8*.

·       *Formula keseimbangan dititik tengah iaitu NW9 dan GARAM BOOSTER*.

·       *Formula pertahanan adalah NW18, NW19 dan NW20*.

 

Mencegah sebelum terkena penyakit. Orang yang masih muda dari bayi, kanak-kanak hingga remaja sebaiknya bermula dengan NW1, NW2, NW3 dan NW4. Sebagai formula pencegahan yang berkaitan dengan kecerdasan otak. Sangat beruntung jika dari peringkat awal kesihatan otak telah disuburkan dengan kesatuan energi yang sesuai dengan fungsinya. Membangunkan kesihatan otak akan menguntungkan kesihatan secara holistik apabila umur semakin meningkat. Lebih beruntung anak-anak CVT yang sejak dalam kandungan dan lahir dengan cahaya energi yang tinggi nilai dan rahsianya. Kerana dengan sifat gelombang ini akan melahirkan generasi yang memiliki kecerdasan *EMOSI* yang memenuhi nilai dalam kehidupan yang mencabar. Anak yang cerdas lebih sihat dan tidak mudah diserang penyakit kronik. *Sakit yang biasa pada peringkat ini adalah NW7 demam, NW6 selesema dan NW5 alahan*. Dari kecerdasan EMOSI akan merawat kesihatan HORMON dan menyerlahkan kecantikkan diri yang bermula dari kulit secara keseluruhan. Selama ini anak yang mendapat belaian kasih lebih cantik dan sihat melalui rahsia HORMON. Anak yang menolak kasih sayang akan mengalami kepincangan kesihatan dari segi fizikal atau luaran yang jelas dapat dilihat. Istilah hormon itu sesuai pada rahsia kasih sayang yang menuju kepada kecantikkan sifat dan fizikal. Apabila usia sudah semakin tua dan sudah mengalami berbagai serangan penyakit maka formula pertahanan diperlukan. NW20 adalah asas paling kuat. Kekuatan asas kembali pada kesihatan tulang.  NW18 adalah darah. NW19 adalah usus. Faktor tekanan dan stress penyebab utama sakit. Kerja berterusan tanpa istirehat akan mengundang penyakit apabila badan telah kehilangan banyak tenaga. Kehausan atau dihidrasi juga tidak lagi diambil kira. Badan telah kekurangan mineral. Rasa kesakitan dan lemah seluruh badan lebih terasa. Iblis atau yang berkaitan benda halus hanya akan masuk ke dalam badan kita apabila kita keletihan.

 

Oleh itu rehat dan cukup tidur akan menjadi perisai diri. Rehat atau tidur istirehat adalah sangat dituntut. Rehatkan minda dan jaga perasaan dari gangguan emosi amat perlu. Andai kita terpaksa bekerja secara berlebihan maka ikhlaskan hati. Buang segala rasa marah. Maafkan sesiapa sahaja. Jangan simpan dan pendam. Menjaga minda dan perasaan adalah dalam kesedaran yang didalam kawalan diri kita sendiri. Bermakna menjaga perasaan dan selalu ceria dapat mengelakkan kita jatuh sakit walaupun kita dalam keletihan. Tetapi hukum energi menyatakan apabila kita letih maka emosi dan minda sukar untuk dikawal. Namun yang sedar akan hukum energi akan sentiasa beringat. Itulah rahsia sabar dan ikhlas hingga mencapai tenang dapat mengelakkan diri dari jatuh sakit walaupun fizik kita dalam keletihan. *Ingat ya!!!*. Maafkan sesiapa sahaja. Jangan dendam. Jangan melayan emosi yang negatif. Kasihilah musuh kita. Doakan kesejahteraan mereka. Semua itu akan bertukar menjadi energi penawar. Apa sahaja kita makan tidak lagi bertukar menjadi racun dan sia-sia. Untuk memulihkan tubuh yang berasaskan tulang adalah mandi dan mandi. Bermakna *MANDIAN AIS* adalah amat perlu untuk memulihkan tenaga. Suburkan semula tubuh dengan mandian air sejuk bergaram. Minum air garam akan melancarkan aliran darah.  Darah akan cukup oksigen.

 

Nampaknya hari ini ramai yang sakit sebelum usia menjelang tua. Semua berkaitan dengan gaya hidup. Kita perlu pandai memujuk diri dari gangguan emosi. Jangan berfikir pada perkara yang tidak perlu. Tekanan fikiran menambah banyak tenaga atas apa yang kita makan dan bertukar menjadi toksik. Kita perlu bersantai dan ada masa rehat. Rezeki akan hilang apabila kita keletihan dan hilang tenaga apatah lagi apabila jatuh sakit. Kita tidak sepatutnya keliru apabila jatuh sakit. Kuatkan semangat dan jangan kita tewas. Penyakit akan membuka pintu laluan syaitan ke dalam tubuh kita. Kembali sedarkan spirit kita. Memang tulang kita dah letih tidak tertanggung. Jika syaitan bebas masuk ke dalam darah tetapi akibat kesakitan dan rasa bisa akan membuat syaitan masuk menetap ke dalam tulang.  Ayuh wahai warga CVT yang saya kasihi. Kembalikan JATI DIRI. Jangan menyerah diri. Usahakan dengan gandaan merawat diri sendiri. Kita sebenarnya melawan syaitan dalam diri kita sendiri.

 

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube CVT : Cvt malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my