ILMIAH CVT MALAYSIA

November 22, 2021

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pasangan NW19 dn NW4. Darah banyak gas atau juga disebut dalam bahasa biasa adalah angin. Berpunca dari usus besar NW19. Tekanan darah tinggi dan sukar nak tidur berkaitan aliran darah yang tersekat kerana banyak gas yang juga berkaitan usus besar. Tandanya banyak kentut. Aliran darah tidak lancar kerana tidak cukup oksigen juga berkaitan usus besar NW19. Tidur tidak lena dan banyak gangguan mimpi sehingga kualiti tidur yang buruk berkaitan NW19. Jika keadaan ini berlaku sebaiknya ambil pasangan iaitu NW4 dibagian pusat kawalan nafsu termasuk kawalan tidur. Rasa mudah mengantuk disiang hari kerana darah tidak cukup oksigen berkaitan gas yang berpunca dari usus besar dan dicadangkan ambil NW4 bagi mencapai kualiti tidur agar mengelak rasa mengantuk di siang hari. Rasa sakit bahagian dalam di tengah-tengah kepala juga berkaitan gas. NW4 akan mereda tekanan. Namun punca adalah gas dari usus besar. Begitulah punca di atas punca dalam sistem berpasangan. Sakit gigi kerana darah bertoksik pada gusi juga berkaitan NW19 jika nak bagi reda maka ambil NW4. Sakit gigi sehingga tidak boleh tidur dapat di kawal dengan NW4 yang lebih rileks. Keadaan tekanan darah yang tinggi dapat di kawal kembali menjadi rendah dengan NW4. Usus yang tercemar akan mencemarkan kualiti darah iaitu NW18 yang begitu dekat frekuensi pada sistemnya. Mimpi buruk kerana kita makan makanan yang berkualiti buruk dan menjadi alahan maka NW19 akan menapis dan menyerap zat-zat yang baik sahaja. Untuk nak fokus perlu NW4 kerana hipotalamus berfungsi sebagai pusat stesyen menerima berbagai maklumat dalam bentuk zat dari semua pintu di dalam usus besar yang tidak sihat. Sebab itu semasa nak masuk tidur sebelah malam tidak sesuai lagi memakan makanan yang berat dan berzat kerana semua itu tidak ada ertinya untuk kesihatan kerana zat hanya akan menjadi toksik. 


Pada para pengamal yang menghayati NW dengan sistem tubuh akan merawat dengan lebih kreatif dan bersahaja. Jadilah seorang doktor yang benar-benar arif yang amat faham mengenai sistem tubuh bersama psikologi SPIRITUAL EMOSI dan MINDA selain penyakit secara FIZIKAL. Tetapi jika siapa yang sudah tahu TITIK PRIME ENERGY akan menjadi lebih mudah lagi untuk memahami semua sistem ini. Tidak perlu melakukan prosedur kolonskopi atau biopsi apatah lagi memeriksa najis. Penyakit radang usus yang berkaitan sistem penghadaman dari usus besar. Kesakitan abdomen dan rasa mual nak muntah. Najis berdarah dan ulser kebengkakkan pada usus sehingga terkeluar seperti buasir. Apatah lagi hendak mengesahkan kanser. Ini hanya akan menambah rasa takut dan phobia pada penderita radang usus yang sememangnya memiliki psikologi phobia dan rasa takut yang melampau. Jadi kepakaran pengamal CVT dalam mencari pasangan NW adalah amat-amat membantu memahami gejala penyakit yang perlu dirawat.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia

Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com