KONSEP BERPASANGAN MENGIKUT KAEDAH CVT

November 22, 2021

 



-ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


TAJUK : KONSEP BERPASANGAN ( Terapi mengikut sistem fisiologi & Anatomi )

TARIKH : ULANGAN 15.11.2021


Pasangan NW19 dan NW4. Darah banyak gas atau juga disebut dalam bahasa biasa adalah angin. Berpunca dari usus besar NW19. Tekanan darah tinggi dan sukar nak tidur berkaitan aliran darah yang tersekat kerana banyak gas yang juga berkaitan usus besar. Tandanya banyak kentut. Aliran darah tidak lancar kerana tidak cukup oksigen juga berkaitan usus besar NW19. Tidur tidak lena dan banyak gangguan mimpi sehingga kualiti tidur yang buruk berkaitan usus besar NW19. Jika keadaan ini berlaku sebaiknya ambil dengan pasangannya iaitu NW4 dibahagian pusat kawalan nafsu termasuk kawalan kualiti tidur. Pusat jiwa yang terbitnya nafsu samaada baik atau yang buruk. Rasa mudah mengantuk disiang hari kerana darah tidak cukup oksigen berkaitan gas yang berpunca dari usus besar dan dicadangkan ambil NW4 bagi mencapai kualiti tidur agar mengelak rasa mengantuk disiang hari. Rasa sakit bahagian dalam di tengah-tengah kepala juga berkaitan gas. NW4 akan mereda tekanan dan memberi fokus agar jiwa tidak berserabut. Namun punca adalah gas dari usus besar. Usus yang sihat akan menyerap zat yang baik untuk kita mengeluarkan gas dan asap yang menjadi makanan iblis. Rahsia gas yang busuk akan melemahkan tenaga atau kuasa bertekanan pada bunyi yang membina sesuai dengan sifat iblis yang tergantung pada ruang kosong dan tidak berpijak pada bumi nyata. Kita akan khayal, leka dan cuai. Begitulah punca di atas punca dalam sistem berpasangan. Sakit gigi atau kesakitan mana-mana bahagian sendi sehingga mengganggu tidur dapat diredakan dengan NW4 yang lebih rileks. Keadaan tekanan darah yang tinggi kerana darah banyak gas kembali seimbang dengan NW4. Usus yang tercemar akan mencemarkan kualiti darah iaitu NW18 yang begitu dekat frekuensi pada sistemnya. 


Mimpi buruk kerana kita makan makanan yang berkualiti buruk dan menjadi alahan maka NW19 akan menapis dan menyerap zat-zat yang baik sahaja. Untuk nak fokus perlu NW4 kerana hipotalamus berfungsi sebagai pusat stesyen menerima berbagai maklumat dalam bentuk zat dari semua pintu masuk di dalam usus besar yang tidak sihat. Ada yang melihat ilmiah panjang terus mata kuyu nak tidur dan itulah tanda lemahnya otak tengah gara-gara banyak gas juga ada masalah gula yang tidak bertukar menjadi tenaga. Sebab itu semasa nak masuk tidur sebelah malam tidak sesuai lagi memakan makanan yang berat dan berzat kerana semua itu tidak ada ertinya untuk kesihatan kerana zat hanya akan menjadi gas yang bertoksid. Ingat ya!! bahawa semua itu berpunca dari zat dan tenaga yang kita makan melalui usus kita. Jangan kerana gas di dalam darah kita membuat kita berhenti dari bernafas. Pada para pengamal yang menghayati NW dengan sistem tubuh akan merawat dengan lebih kreatif dan bersahaja. Jadilah seorang doktor yang benar-benar arif yang amat faham mengenai sistem tubuh bersama psikologi SPIRITUAL, EMOSI dan MINDA selain penyakit secara FIZIKAL. Tidak perlu melakukan prosedur kolonskopi atau biopsi apatah lagi memeriksa najis. Penyakit radang usus yang berkaitan sistem penghadaman dari usus besar. Kesakitan abdomen dan rasa mual nak muntah. Kita hilang semangat dan tidak dapat memberi tumpuan atau fokus. Najis berdarah dan ulser kebengkakkan pada usus sehingga terkeluar seperti buasir. Apatah lagi hendak mengesahkan kanser. Ini hanya akan menambah rasa takut dan phobia pada penderita radang usus yang sememangnya memiliki psikologi phobia dan rasa takut yang melampau. Rasa takut dan hilang keyakinan itulah satu kerugian kerana itu bermaksud jiwa kita sudah berada di dalam kekuasaan iblis. Kembalikan kualiti jiwa dengan kualiti tidur melalui penjagaan kesihatan usus. Jadi kepakaran pengamal CVT dalam mencari pasangan NW adalah amat-amat membantu memahami gejala penyakit yang perlu dirawat. 


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my