ILMIAH CVT MALAYSIA

January 10, 2022

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Kemajuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan telah menjadikan kita lebih mudah, selamat dan menjimatkan kos. Teknologi dalam bidang rawatan semakin canggih seiring zamannya. Teknologi yang dimaksudkan adalah berkaitan gelombang elektromagnatik yang berada ditangga teratas dan sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Dalam perubatan, CVT cuba sebaik mungkin memanfaatkan anugerah gelombang kurniaan Allaah yang amat berharga ini. Kita menggunakan teknologi cahaya, warna dan bunyi. Kita kenal musuh kita yang hanya memiliki kegelapan. Kelajuan cahaya matahari. Kita cuba hindari dari gelombang buatan. Sinaran radiofrekuensi buatan manusia semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan dikalangan orang awam. Cahaya matahari adalah lebih semulajadi. Sumber energi terbesar gelombang dalam komunikasi didalam sistem tubuh. Sel-sel kita memerlukan frekuensi yang tepat untuk melakukan siaran atau fungsi yang jelas. Doa dan fikiran kita sebagai penala agar frekuensi lebih jelas dan tidak memudaratkan apabila dipantulkan semula dalam bentuk radiasi suara atau bunyi. Tulang didalam tubuh kita umpama kristal yang menerima frekuensi yang beralun. Sebenarnya apa yang ada pada sistem radio dan komunikasi ada pada sistem tubuh kita. Semua berkaitan dengan gelombang elektromagnatik. Bezanya kita lebih dominan dengan gelombang dalam cahaya tampak yang ada ukuran warna dengan bunyi yang jelas. 

Gelombang mikro, gama dan sinar x umpamanya tidak sesuai dengan frekuensi sel tubuh manusia. Frekuensi itu lebih sesuai untuk makhluk lain seperti iblis, jin dan syaitan. Hanya infra merah kita berkongsi dengan makhluk lain yang menduduki bahagian tulang. Oleh itu kita perlu pastikan kesihatan tulang. Infrared yang bersifat panas dan tulang yang sihat dalam keadaan yang sejuk. Menganalisis dan memahami komunikasi sistem tubuh amat perlu. Semua memiliki sifat atau karakter. Yang menarik setiap frekuensi memiliki warna. Warna-warna ini yang menyusun energi secara menyeluruh pada tubuh kita. Warna putih seumpama mengawal satelit iaitu pada NW 1 kalenjar pineal. Setiap warna ada nilai angka yang menjadi matrik binaan tubuh kita. Hanya kita masih belum sempat menyusun not-not bunyi dalam persamaan warna dan angka tersebut. Semua ini memerlukan masa yang panjang untuk dapat disatukan agar lebih mudah memahami sistem tubuh. Falsafah penyakit itu sebuah tenaga. Tenaga itu boleh dipindahkan dan berubah bentuk. Sinar cahaya dalam matahari cukup tenaga untuk meleraikan ikatan kimia didalam suatu atom atau menyebabkan berlakunya pengionan. Hakikatnya tubuh kita terbina dari kesatuan kesempurnaan atom. Dalam tubuh kita ada kekuatan medan elektrik dan medan magnet. Tubuh kita umpama bumi yang juga menghasilkan tenaga. Tubuh kita memancarkan sinaran radiofrekuensi pada tahap yang rendah yang dikenali sebagai aura. 


Kita sebenarnya sedang dikawal secara jarak jauh oleh TUHAN melalui kerja para malaikatnya. Malaikat itulah cahaya. Oleh itu kita sepatutnya perlu sentiasa berkomunikasi dengan tuhan yang maha kuasa iaitu Allaah. Komunikasi itu berupa DOA.  Kita harus berdoa dan terus berdoa tanpa mengira masa ruang dan tempat. Suara doa kita harus mencapai amplitud agar doa itu berjaya. Doa yang disuarakan itu sangat kuat kuasa keberkatannya dari doa dalam hati yang senyap. Suara doa kita akan dilepaskan ke langit. Doa yang disuarakan secara bunyi yang sederhana dan mampu didengar oleh telinga kita sendiri sebenarnya memiliki kekuatan kuasa keberkatannya. Suara doa kita akan dilepaskan ke langit. Berbeza dengan NIAT yang senyap. Sama juga dengan siaran radio yang menggunakan ruang udara iaitu langit sebagai sistem satelit semulajadi selain menggunakan stesen pemancar. Kita perlu menghindari sinaran radiofrekuensi yang cukup tinggi kerana ia bersifat panas dan ini mengganggu tisu biologi dan berpotensi menyebabkan kerosakkan tisu. Kita guna frekuensi suara atau doa dalam warna biru yang sejuk dan lebih laju. Kita gunakan formula NW 9/VOCAL MODULATOR agar suara atau vocal kita lebih jelas dalam menyampaikan doa. Kata-kata yang kita fahami dan kita hayati sesuai dengan program dna kita sebagai orang melayu. Secara semulajadi kita meniru, memerangkap dan memindahkan tenaga bunga yang memerangkap tenaga cahaya matahari. Warna bunga akan menjadi tanda ukuran untuk sel-sel bahagian tertentu. Itu lebih tepat dari mengubahsuai frekuensi yang tidak pasti. Ini sebenarnya satu penemuan baru dalam bidang teknologi rawatan gelombang. Ingat yang kita semua dikawal seperti ada alat kawalan jauh!!!. Semua dalam program ketetapan Allaah. Namun dengan doa kita memohon dan mengharapkan takdir yang lebih baik. Kita perlu khusyuk berdoa. Saya masih ingat masa kecil dahulu bila demam maka saya dengarkan siaran radio (AM) berjarak jauh. Hilang deman kerana baru tahu bahawa gelombang panjang frekuensi rendah 30 khz ini bersifat sejuk. Tetapi hari ini kita akan mudah deman kerana terdedah dengan gelombang mikro. 3 GHz hingga 30 GHz yang ada pada telefon selular, komputer dan ketuhar gelombang mikro. Bermakna di musim Covid ini elakkan dari berada dekat dengan frekuensi lampau tinggi ini. Merawatlah dengan SERI WAJAH atau SEJUTA WAJAH yang akan meluruhkan radiasi panas. Berdoalah dengan jelas penuh berirama dan nada dengan bantuan VOCAL MODULATOR. Rugilah pada orang yang sudah ada anugerah vocal yang baik tetapi tidak mahu selalu berdoa. Kerana dengan firman Allaah menciptakan cahaya dan terangnya dunia. Apabila Allaah berkehendak sesuatu itu terjadi maka terjadilah. Oleh itu kita sebagai hamba perlu mendahului doa sebelum melakukan sesuatu yang lain. Itulah rahsia cahaya atau gelombang elektromagnatik dalam sains komunikasi.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

11.01.2022 ( SELASA )

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia

Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com