ILMIAH CVT MALAYSIA

January 6, 2022

 

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Tidak ada keraguan mengenai rahsia *GARAM*. Keberkatan itu adalah garam. Bermakna riaksi garam sebagai pemangkin atau *BOOSTER* dalam menambah rasa dan mengaktifkan zat kerana adanya garam. Zat-zat kimia bertukar bentuk menjadi tenaga. Zat kimia tidak akan menjadi racun. Semua zat bertukar menjadi keperluan pada kerja sel-sel tubuh. Jangan biarkan tubuh kita tiada bergaram. Garam diumpamakan sebagai cahaya kehidupan yang menerangi. Terbukti aliran darah lebih lancar dengan adanya garam. Faktanya adalah didalam garam ada zat besi yang meningkatkan cas-cas negatif sebagai elektrolit yang membawa oksigen didalam aliran darah. Sistem saraf otak melalui neurotransmitter lebih cekap dan aktif. Garam adalah sumber kehidupan. Hal biasa yang kita tahu adalah tanpa garam semua menjadi tawar. Di zaman dahulu garam dijadikan satu bahan pertukaran dalam membuat perjanjian untuk menjaga keberkatannya. Dalam banyak perayaan garam pasti ada untuk sesuatu persembahan dalam makanan. Agaknya selain dapat mengelakkan syaitan menjamah atau merosakkan bahan persembahan itu. Bahan persembahan itu hanya untuk tuhan mengikut kepercayaan mereka. Ternyata darah yang kurang garam akan banyak gas dan asid.

 

Atas sebab itu ubat kimia seperti panadol sangat efektif untuk membuang rasa bisa dan sakit pada seluruh tubuh. Panadol itu pada asasnya dari bahan baku yang sebenarnya adalah garam.  Sebab itu garam dan panadol sangat berkesan diambil ketika perut kosong atau sebelum makan agar kesan kimia bekerja lebih efektif. Tekanan dalam darah lebih kuat menandakan darah kita aktif dan sihat. Urat timbul seperti baru menjalani senaman. Kekuatan otot khasnya jantung lebih berkali ganda.

 

Satu petua yang pasti berkesan adalah garam mampu memadamkan api. Api yang membara akan padam apabila kita lemparkan garam atau pasir ke dalamnya. Begitulah orang yang ada sifat pemarah atau cepat naik darah atau darah gemuruh sebenarnya itu berkaitan dengan kekurangan garam dalam darah. Garam yang dimaksudkan adalah garam segar yang ada kesan elektrolit. Kita mudah terperanjat dan membuat darah seakan kering. Garam yang terjadi dari sifat keseimbangan asid dan bes jelas membawa sifat sabar dan ikhlas yang menyeimbangkan. Orang kedekut atau tamak itu sebenarnya kekurangan garam. Semua sifat buruk itu adalah hasutan dari bisikan syaitan yang mendorong kita salah dalam membuat keputusan. Ambillah garam dengan konsisten agar keberkatan mengiringi murahnya rezeki kita. Semua kerja kita dipermudahkan tanpa gangguan iblis dan syaitan. Jika benar syaitan itu dari api yang menyala dan membakar maka garamlah yang akan memadamkannya. Amalkan *GARAM BOOSTER CVT* yang dipertenagakan. Dan berniatlah. *Ilmiah garam yang begitu banyak untuk di kongsikan lagi*.

 

Percayalah di dalam garam ada cahaya dalam mencari banyak hal-hal tentang *KEBENARAN* yang mengarah otak kita mampu berfikir sedalam-dalamnya. Oleh itu jangan bermain-main dengan garam yang penuh rahsia ini. Fakta sains menemukan garam adalah satu-satunya unsur dalam sifat atom yang sudahpun berpasangan dalam cas negatif dan positif. Bermakna garam itu hidup dan mengerti apa yang kita niatkan atau diperintahkan dan amat berkaitan dengan sistem komunukasi atau berkaitan gelombang bunyi yang bergetar. Garam ada riflek sama ada pembias atau pembalikan semula. Seperti kata-kata doa yang mudah makbul atau mulut masin. Yang pasti garam adalah *PENEUTRAL RACUN* yang paling efektif. Simbolik garam sebagai bahan korban sajian persembahan makanan dalam agama terdahulu sehingga tidak dilalaikan. Berbeza dengan agama penyembah syaitan sangat melarang menggunakan garam dalam persembahan makanan mereka. Garam dijadikan sebagai pembersih niat yang baik sekaligus memelihara nilai-nilai murni sifat kemanusiaan sejati. Kisah para rasul terdahulu dalam pengambilan garam bersama-sama dalam menjalinkan perjanjian damai dan persahabatan. Garam adalah simbol orang yang berguna diibaratkan sebagai *GARAM DUNIA*. Garam yang sudah menjadi tawar atau payau sebenarnya sudah tidak lagi berguna. Garam untuk menunjukkan kapasiti nilai untuk memelihara, memurnikan dan membersihkan sama seperti api yang membakar ketidakharmonian dan mengubah sesuatu sehingga menjadi substansinya sendiri. Begitulah garam yang diciptakan penuh dalam kemuliaannya bersama air. Bayi yang baru dilahirkan sebaik-baiknya dimandikan dan dilulurkan dengan air garam. Bayi itu akan menjadi *GARAM DUNIA* pemberi cahaya petunjuk kebenaran dengan kehendak Allaah jua. Sesungguhnya syaitan dan iblis sangat alah pada garam. Itulah janji syaitan untuk menyesatkan manusia dengan memusnahkan sifat kestabilan nilai garam.

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

*07 Jan 2022 ( JUMAAT)*

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia